ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ, dan الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur ke hadrat-Nya, Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Damansara Damai telah mempunyai laman web sendiri. Diharapkan dengan pelancaran ini, BKKKDD mampu menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan lebih cekap dan telus demi kebajikan ahli-ahli BKKKDD.

Laman web ini akan menjadi wadah himpunan dan penyampaian maklumat berkaitan urus tadbir BKKKDD. Buat anak-anak kariah Damansara Damai, urusan pendaftaran dan pengurusan keahlian akan dipermudahkan, dan diperkemaskan demi memenuhi keperluan dan aspirasi ahli-ahli BKKKDD.

Kami telah menyediakan ruangan maklumbalas, dan akan membuat tampalan berkaitan program-program anjuran atau berkaitan BKKKDD di ruangan blog kami.