Panduan Mengisi Borang
- Pastikan anda telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ahli.
- Sila isikan bahagian yang berkaitan sahaja.
- Sila sediakan salinan Kad Pengenalan (atau dokumen pengenalan setaraf) anda dan tanggungan (sekiranya ada) dalam bentuk imej ataupun PDF untuk muat naik.
- Anda akan menerima makluman penerimaan di alamat emel yang anda isi. Sekiranya anda tidak menerima emel ini, sila semak di bahagian ‘Spam’ atau ‘Junk’.
- Tunggu panggilan daripada pihak BKKKDD. Jika tiada panggilan, sila berhubung dengan AJK surau ataupun wakil kejiranan anda untuk mengesahkan keahlian anda.
- Buat bayaran hanya setelah permohonan keahlian anda telah diluluskan.
Sekiranya anda ingin mengisi borang fizikal, anda boleh muat turun borang keahlian BKKKDD di sini. Anda juga boleh mengisi borang keahlian secara atas talian di sini.
Syarat-syarat ringkas kelayakan menjadi ahli
- Beragama Islam, dan warganegara Malaysia.
- Bermaustatin di Damansara Damai.
- Berumur tidak melebihi 60 tahun semasa mendaftar.
Bantuan Kematian
| NO | KEMATIAN KE ATAS | BANTUAN (RM) |
| 1 | Ahli sendiri / pasangan | 1,200 |
| 2 |
|
1,000 |
| 3 | Kematian ibu, bapa serta mertua yang ditanggung nafkah | 1,000 |
| 4 | Anak ahli (15 tahun ke bawah) | 700 |
| 5 | Kematian ibu, bapa serta mertua, yang tinggal berasingan | 300 |
| 6 | Tetamu dari luar mukim (ibu, bapa, mertua yang ziarah ahli dan jenazahnya dikebumikan berdekatan) | 300 |
| 7 | Ahli keluarga serentak tiga orang atau lebih | 2,400 |
Mohon ambil perhatian bahawa ibu, bapa serta mertua, adik-beradik, anak angkat yang dinafkahkan yang tinggal bersama melebihi Enam [6] bulan dan ketika kematiannya di Damansara Damai dan kejiranannya sahaja akan menerima bantuan penuh. Tempoh matang adalah Tiga [3] bulan, bermula dari tarikh pendaftaran ahli.
